LANGKAHKU

LANGKAHKU
Kepayahan Itu Ada Kesenangan, Kesenangan Itu Ada Kepayahan

Rabu, 30 Mac 2011

Rahsia.....

Dulu aku memang dikenali sebagai playboy... tugas playboy ni tak lain dan tak bukan
KACAU DAN HANCURKAN ANAK ORANG!!!!
Tapi tu dulu, sekarang dah tak kot.

Ramai yang tanya aku, macam mana kau boleh senang-senang dapat perempuan? Senang ke? Tak semudah yang korang nampak. Aku ada rahsia dan taktik-taktik yang aku guna pakai untuk pikat perempuan. bukan guna bomoh tapi akal.

Sebelum korang nak usha perempuan yang ko minat. Ko kena pastikan perangai perempuan tu macam mana. Perempuan ni ada banyak jenis. Tapi yang aku tau tak banyak sangat lah.. Ni ikot pendapat dan pengalaman aku lah. Kalau korang rasa tak betul jangan marah yek. Ni pendapat jer..
Jenis yang;
  1. Sporting.
  • Jenis ni nampak macam mudah. No, No, AND NO!! jenis ni yang paling susah. susah sebab wanita yang sporting dengan kawan-kawan dia ni biasanya kuat melayan lelaki. Tak suka dikongkong, mudah rimas bila kita terlalu nak berkepit dengan dia dan yang paling utama tak mudah nak bercinta. Ada segelintir yang bersifat camni, suka mainkan hati lelaki dan anggap cinta tu macam anak patong dia. Ada baru yang burok simpan saja. Bila hilang yang baru cari yang lama.. kalau perempun jenis yang sebegini cara nak usha dia tak lah susah sangat. Ada duit bawak jalan, kawan huha huha dulu. Couple lah.. (better cari yang betol-betol)
2. Serius
  • Kalau perempuan yang serius ni biasanya dia lebih mementingkan kepada sesuatu yang lebih bernilai untuk hidup dia berbanding cinta. ex: kerja atau belajar. Tapi bila dah bercinta dia akan jadi seorang yang tidak memandang mudah pada percintaan dia tu. Lelaki yang pilih perempuan macam ni kena banyak sabar sebab hidup korang pasti akan rasa sedikit terkongkong. Almaklumlah, dah jadi orang penting mestilah ada yang follow dari belakang. Perempuan yang bersifat ini juga sensitif orangnya. Kalau dengan kawan-kawan dia boleh tunjal kepala, tapi jangan ingat dengan kita pun boleh. Kadang-kadang kita bersin pun dia cakap kita marah dia. PERANG!!!! Rasa mencabar tu pasti ada dalam hubungan korang sebab korang akan merasakan angin monsun betul-betul lalu kat batang hidung. Tapi bila dia dah buat salah, JANGAN DIAM! bertindaklah sebab tu peluang korang. Cuba cara lembut untunk tegur dia dan iringkan kata-kata hikmat macam "Saya tegur sebab saya sayang pada awak." Nak usha tak susah tapi bersedialah dengan syarat-syaratnya. Sabor jelah....
3. Peramah
  • Yang ni best sikit sebab susah sikit nak jumpa perempuan peramah ni. Peramah tak sama dengan sporting. senyum tak semestinya suka. terima tak semestinya rela. perempuan macamni korang kena tahu nak bercakap apa dengan dia sebelum berjumpa. satu ko tanya 100 jawapan dia dah standby. bila dapat perempuan macam ni korang kena tahan telinga sikit. mesti ada je yang nak diceritakan. korang kena belajar nak jadi pendengar yang setia. itu MESTI! perempuan yang peramah ni biasanya hormat orang tua dan menyenangkan hati. murah dengan senyuman dan malu bila di puji. tapi bila dah dapat, nahas lah korang sebab jenis-jenis ni adalah jenis yang cerewet sikit. yang penting korang tetap nak dengar apa yang dia nak cerita. Jangan risau sangat sebab dia juga boleh terima nasihat, teguran korang dan sentiasa dengar cakap korang. Nak ngurat bukanlah susah. Just pasang telinga, senyum dan respon sikit-sikit dengan 'novel' yang dia nak cerita. dah couple pastikan topap korang cukup untuk menampung air liur dia. kopak pakcik!!
4. Pendiam.
  • Ni ada masalh sikit. Perempuan yang pendiam biasanya perempuan yang lebih sukakan ketenangan dan bersendiri. Tapi kalau korang dah minat nak buat macamane. Perempuan mcmni biasanya dia akan jawab sepatah apa yang kau cakap. JANGAN BERLAGAK GENTLEMEN dengan perempuan mcmni. Kenali dia dengan lebih rapat dan cubalah berkawan dengan dia terlebih dahulu. Kadang-kadang dia suka pada korang tapi dia tak dapat diamkan je. So, korang kena baca emosi dia. Buat dia happy dengan korang dan selami hati dia perlahan-lahan. Jangan buat dia marah kalau tak nak apa-apa perkara buruk berlaku samada ke atas ko ataupun dia. Bila dah sampai masa yang sesuai cubalah ayat power korang. Bagi dia masa untuk dapatkan jawapan sebab perempuan jenis ni memang selalu memikirkan ketelitian. Bila dah dapat korang tak akan rasa bosan dengan dia dan jangan ragui kesetiaan dia. Fuh...Best tuh...tapi bila lah jawapan dia nak bagi????
5. Tomboi
  • Jangan cakap tak ada lah yang nak tomboi. Tomboi ni biasanya dia agresif sikit dan suka cabaran. Korang kena lawan dia dan berkawan baik ngam bagi satu kapla juga mari. Dalam tomboi-tomboi tapi hati masih perempuankan.. Selalulah ada dengan dia dan satu hari cuba kau menghilangkan diri daripada dia. Tengok apa respon dia. Biasanya dia akan rasa kehilangan ko. dan waktu tu ko berterus teranglah dengan dia. kalau dah dapat korang jangan ingat dah heaven. belum lagi. Korang kena banyak sabar dan korang kena tahan maki. Jangan gadohlah beb. cari nahas je. Cuba ajar dia perlahan-perlahan. Dan dia kadang-kadang akan backup ko bila ada masalah. Wrestling Ar Jom!!!!!!
6. PlayGirl
  • Agak dah tak ada perempuan lain yang ko nak?!!!

7 ulasan: