TEKA-TEKI
1.00 pagi.
Trrrruuuuuttt! (Telefon berbunyi)
Boy 1: Hello, siapa tu? *suara mengantuk*
Boy 2: Hello, beb, aku ni Wan. Sorry beb, ganggu ko malam-malam ni. Aku ada masalah.
Boy 1: Masalah apa yang sampai tak boleh tunggu esok ni? Pukul 1 pagi ni beb.
Boy 2: Tolonglah, kalau tak setel masalah ni awek aku minta putus.
Boy 1: Macam tu pulak? okey. apa dia? kalau aku boleh tolong, aku tolonglah.
Boy 2: Binatang apa yang bila orang pegang tak berkaki?
Boy 1: Celaka kau! Itu yang kau cakap masalah besar?! Kau nak aku potong kaki kau apa?!
_____________________________________________________________
SALAH KLINIK
Doktor: Selamat pagi abang. ada apa yang saya boleh bantu?Abang: Tolong saya doktor. Saya ni umur dah 25. Tapi masih belum lagi dapat isteri.
Doktor: Jadi, apa yang kamu nak saya buat?
Abang: Tolonglah doktor. Mak saya dah bising sangat ni. Saya betul-betul nak kahwin.
Doktor: Saya rasa awak dah silap ni.
Abang: Kenapa pula doktor?
Doktor: Awak silap klinik. Awak kena pergi jumpa doktor cinta. bukan saya.
Abang: Habis doktor ni doktor apa?
Doktor: Saya ni doktor haiwan. Kalau awak nak tumbuh ekor lagi meh saya buat.
________________________________________________________________
TANGKAP BASAH
Sepasang kekasih baru keluar dari mahkamah. Dan dia telah di interview oleh wartawan.
Wartawan: Apa yang telah berlaku di dalam?
Kekasih : Hakim menuduh saya berkhalwat dan saya ditangkap basah.
Wartawan: Saya dengar anda menafikan.
Kekasih : Ya, saya mengaku yang saya berkhalwat. Tapi yang tangkap basah tu dusta!
Wartawan: Kenapa pula?
Kekasih : Waktu tu 12 tengahari. Dan kami lakukan di ruang tamu rumah. pasang aircond lagi. Bila masa pula basahnya? Tu yang saya tak puas hati.
Wartawan: Kita kembali ke studio untuk berita sukan.
_________________________________________________________________
TELUR
Emak: Iman, mari sini. tolong belikan mak telur 5 biji.
Iman: Baik mak.
Emak: Hati-hati jalan tu.*semasa dalam perjalanan ke kedai, Iman ternampak satu kemalangan yang ngeri. Hingga terlupa nak beli telur yang mak dia pesan tu. Sesampainya di rumah,*
Iman: Emak, tadi Iman nampak kemalangan. Tangan orang tu putus. Kepala dia pecah.
Emak: Telurnya mana?
Iman: Ermm... entah yerk.. Iman tak check pulak tadi.
Emak: Ada jugak yang hilang telur aku goreng nanti ni kang.
_________________________________________________________________
PELUPA
Seorang lelaki yang pelupa disuruh isterinya membeli barang.
Isteri: Bang, abang ambil buku nota ni. tulis barang yang saya nak beli.
Suami: Baik, apa dia yang kamu mahu beli yang?
Isteri: Atas tu tulis, susu lemak 2 kilo. Bawahnya tulis telur 2 biji.
Suami: Itu je?
Isteri: ye.
*Sesampainya di kedai. Si suami telah terlupa di mana dia meletakkan buku notanya tadi*
Suami: Kak, saya lupalah nak beli apa. akak tunggu sekejap ye saya cuba ingatkan.
Akak: Yelah. cepat sikit tau.
*5 minit kemudian*
Suami: ok kak dah ingat!
Akak: apa dia?
Suami: Atas..susu 2 biji. Bawah..telur 2 kilo.
Akak: Paaaaaanggggg! (lempang suami)
Suami: adui... kenapa kak? salah ke?
Akak: gila seks! keluar!