LANGKAHKU

LANGKAHKU
Kepayahan Itu Ada Kesenangan, Kesenangan Itu Ada Kepayahan

Hakikat

Apa yang kita nampak depan mata kita?
       Kita tahu mengapa? bagaimana? ianya tercipta?
              Kita nampak, kita sentuh, kita rasa.. tapi....
Adakah kita tahu kenapa ianya di cipta?

Suatu hari,
seorang lelaki telah bertanya kepada sahabatnya yang sedang membunuh semut.
Lelaki:     apa sebab kau bunuh semut tu?
Sahabat: semut ni gigit aku...
Lelaki:    dulu kau pernah menghalau seekor kucing. kenapa?
Sahabat: dia mencuri ikan ku.
Lelaki:    semut menggigitmu apa kesannya?
Sahabat: sakit dan gatal kulitku.
Lelaki:    apa kesan setelah kucing tu mengambil ikan kau.
Sahabat: aku kelaparan kerana itu saja makanan ku ketika hari itu...
Lelaki:    adakah sama kelaparan mu itu dengan kesakitan mu itu?
Sahabat: kesakitanku seketika, kelaparanku sepanjang hari....
Lelaki:    kucing dan semut itu siapa ciptanya?
Sahabat: pastinya tuhan.
Lelaki:    mengapa tidak kau bunuh kucing itu kerana membiarkan kau lapar sepanjang hari?
              mengapa tidak kau halau sahaja semut itu kerana kesakitanmu seketika?
              jika benar kau marah, tidak patut kau menghalau dan membunuh haiwan itu. seharusnya
              kau membunuh dan menghalau penciptanya kerana Dia yang membiarkan semut itu
              menggigit kau dan membiarkan kucing itu mencuri ikan kau.

Manusia, haiwan, tumbuhan adalah makhluk yang diciptakan tuhan... kita tiada hak untuk memusuhi antara satu sama yang lain... haiwan tidak diberikan akal seperti manusia tapi mereka juga ada perasaan dan tak mungkin sekiranya mereka faham apa yang kita katakan.... renungkanlah....