LANGKAHKU

LANGKAHKU
Kepayahan Itu Ada Kesenangan, Kesenangan Itu Ada Kepayahan

Masjid Atau Gereja?

 Isu ni bukan aku saja nak main-mainkan..
Cuma aku rasa agak tidak puas hati..
Apa pendapat korang tentang PERKAHWINAN zaman sekarang?
Bina masjid atau Memalukan agama?


Kenapa aku cakap macam tu?
Maaf kalau aku terkasar.
Aku perhatikan, ada SEGELINTIR masyarakat kita yang mula memandang remeh dengan isu perkahwinan ini..
Cuba fikirkan..
Waktu siangnya..
Pengantin di arak penuh sopan..
Di iringi doa-doa daripada sanak saudara..
Orang ramai datang 'rewang' atau pun bergotong-royong..


Upacara akad nikah dijalankan..
Pengantin lelaki melakukan solat sunat hajat..
Semoga perjalanan mereka lancar tanpa sebarang gangguan..


Setibanya di rumah pengantin perempuan..
Ramai yang bersongkok..
Mengucapkan selamat pada kedua mempelai..
Makan beradab diringi doa selamat dan juga doa makan..


Orang ramai yang hadir rasa begitu seronok melihat kedua-dua mempelai..
Tidak kurang yang bersama memeluk cium pengantin..
Pengantin pula bertanjak..
Berbaju seperti pahlawan Melayu terakhir..
Si wanita berkurung ibarat puteri yang ingin bersemanyam..
Cantik sungguh.. Indah masjid mereka pada pagi itu..


Malam menjelang..
Pengantin sudah keletihan dan berehat..
TETAPI!
Ada pula yang meruntuhkan masjid mereka..
Mengeluarkan 'hidangan' yang tidak sepatutnya..
Doa-doa yang pagi tadi mengiringi hilang begitu sahaja..
Digantikan pula dengan Iringan muzik yang tidak menyenangkan..


Baik muda mahupun tua turun bersedia untuk menyucuk langit..
Berjoget tidak tentu hala..
Bukan itu sahaja..
'Hidangan' pun dikeluarkan..
Arak menjadi minuman khas pada malam itu..
Lelaki dan perempuan bercampur..
Bila kepala sudah di amuk syaitan..
Neraka mula di pandang syurga..


Tujuan untuk menghiburkan..
Tetapi Masjid yang dibina kini sudah bertukar menjadi Gereja.
Bila dah jadi macam tu...
Mula bergaduh tak tentu hala..
mereka yang lalu dikawasan rumah pengantin mula jadi mangsa..


Tidak ke terfikir yang niat suci murni yang dilakukan..
Telah menjadi Hitam dan Kusam?
Sedarlah yang kita berada di akhir zaman..
Generasi muda koyak hancur begitu sahaja..
Bila orang luar atau bangsa lain mengata budaya kita makin teruk..
Ada yang tunjuk lagak menafikan..


Aku rasa..
Sebelum tunjuk lagak..
Bagus kalau diperbetulkan dulu apa yang patut..
Haramkan dan ambil tindakan terlebih dahulu..
Janganlah menegakkan benang yang basah..
Takut nanti terkena pada batang hidung sendiri..


Akhir kata daripada post ni..
Maaf kalau bahasa aku kurang enak di baca..
Tapi ini adalah luahan semata-mata..
Korang ada akal dan waras..
Fikir-fikirkanlah..


Assalamualaikum..
-SABAH-