LANGKAHKU

LANGKAHKU
Kepayahan Itu Ada Kesenangan, Kesenangan Itu Ada Kepayahan

Sabtu, 2 Julai 2011

Fun Times! ^_^

Kentut

Di dalam masjid:

Amat: Mut, aku rasa nak kentutlah.
Amut: Shhhhhhttt... bapak kita cakap solat tak boleh bercakap. kamu kentut jelah.
Amat: Aku kentut tau.
Amut: ok. kita dah tutup hidung.
Amat: kita dah kentut dah.
*tiba-tiba waktu tu orang sujud*
Amat: mut, kenapa semua jatuh ni?
Amat: diaorang tak tutup hidung sapa suruh?
Amat: aku nak larilah macam ni...

_________________________________________________________________

SEDUT

Amat dihukum bapanya dan disuruh solat dibelakang Imam sebelah bapanya.
Tiba-tiba dia ternampak kain Pak Imam itu terselit di punggung. Dia cover line dan tarik perlahan2 kain pak Imam tu..

Tiba-tiba dia perasan bapanya menjeling ke arahnya. takut dimarahi dia pun menjolok semula kain itu ke dalam. serentak itu pak imam pun menjerit sekuat hati.. dan... tak berani lagi aku nak sambung...

____________________________________________________________________

AJAIB

Di Klinik.

Doktor: Selamat pagi pak cik. Sakit apa ni pakcik? nampak sihat je.
P.Cik : Saya bukan sakit. tapi saya telah diberi anugerah. Contohnya, semalam waktu saya masuk tandas. saya buka je pintu. Lampu pun terbuka. bila saya selesai, lampu terpadam sendiri.
Doktor: Wow! menakjubkan.
P.cik : Tapi isteri saya tak percaya.
Doktor: Bagi saya jumpa isteri pakcik.

*isterinya pun masuk*

Doktor: Apa masalanya makcik? pakcik dapat anugerah dah tu.
M.Cik : Anugerah? Doktor tolong check mata dia.
Doktor: Kenapa?
M.Cik : Rosak peti ais baru aku. Hancing dah peti ais tu.
Doktor: =.='

____________________________________________________________________

KAHAK

P/S: Agak meloyakan.

Suatu Petang;

Amat: Mut, Mot, bosanlah petang ni. Apa kita nak buat ye?
Amut: Kamu ada berapa ringgit?
Amat: RM3. Kamu Mot?
Amot: Samalah.
Amut: Bagus. Aku pun sama. Kita adakan pertandingan. Kita bertaruh. Sipa dapat buat kahak terbesar dia menang. Duit semua ambil.

*setelah mendapat persetujuan. ketiga-tiga mereka pun pergi ke sebuah tembok. Dan pertandingan pun dimulakan.*

Amat: harrrrrkkkkkkk! Tuih! ( kahak sebesar duit syiling 50sen melekat di tembok)
Amut: harrrrrkkkkkkkk! hoooooorkkkkkk! tuih! ( kahak sebesar 3 keping 50 sen melekat)
Amot: (berjalan dengan slumber menghala kahak Amat&Amut. Sedut kahak2 tu dan menambah) slllrrrrrrppppp!!! haaaarrrrrrrkkkk!!! gulp2! harrrkkkkkk!!!! tuih!
(kahak sebesar lempeng melekat di dinding)
Amot: yea! kita menang. kenapa kamu berdua ni?

Selepas kejadian itu Amat dan Amut dimasukkan ke hospital selama 3 bulan kerana muntah tak henti-henti...

Khamis, 7 April 2011

Siapa Melayu?

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi. EtimologiIstilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Istilah “Melayu” untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[2] Penggunaan istilah “Melayu” muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah “maleu-kolon”. G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud “tanah yang dikelilingi air” dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah “Mo-lo-yu” juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[2] Masalah dalam penakrifan orang MelayuPenakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu: Penakrifan undang-undang Penakrifan antropologi Penakrifan undang-undang Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [3]: Seorang yang beragama Islam, Bertutur bahasa Melayu, Mengamalkan adat istiadat Melayu , Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakrifan antropologi Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [4] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid [5] Asal usul bangsa Melayu Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan) Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara) Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan “nenek moyang” orang Melayu itu berasal daripada Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya. Orang Negrito Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Melayu Proto Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Melayu Deutro Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Teori Nusantara Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan”. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia. Kekeluargaan orang Melayu (Rencana utama: Adat berserumah tangga Melayu) Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain. Perkahwinan orang Melayu (Rencana utama: Adat resam kahwin Melayu) Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding. Melayu kacukan Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu Turki dan Melayu Arab. Nota kaki ↑ Harun Aminurrrashid, 1966. Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5 ↑ 2.0 2.1 2.2 Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa Melayu STPM (2006), edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 978-967-65-9617-8 ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140 ↑ Ismail Hamid, 1988, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 4 ↑ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1988, Jld 3 (M-Q), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504 ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150 Lihat juga Cerita dongeng masyarakat Melayu Pantang larang Melayu

Rabu, 30 Mac 2011

Rahsia.....

Dulu aku memang dikenali sebagai playboy... tugas playboy ni tak lain dan tak bukan
KACAU DAN HANCURKAN ANAK ORANG!!!!
Tapi tu dulu, sekarang dah tak kot.

Ramai yang tanya aku, macam mana kau boleh senang-senang dapat perempuan? Senang ke? Tak semudah yang korang nampak. Aku ada rahsia dan taktik-taktik yang aku guna pakai untuk pikat perempuan. bukan guna bomoh tapi akal.

Sebelum korang nak usha perempuan yang ko minat. Ko kena pastikan perangai perempuan tu macam mana. Perempuan ni ada banyak jenis. Tapi yang aku tau tak banyak sangat lah.. Ni ikot pendapat dan pengalaman aku lah. Kalau korang rasa tak betul jangan marah yek. Ni pendapat jer..
Jenis yang;
  1. Sporting.
  • Jenis ni nampak macam mudah. No, No, AND NO!! jenis ni yang paling susah. susah sebab wanita yang sporting dengan kawan-kawan dia ni biasanya kuat melayan lelaki. Tak suka dikongkong, mudah rimas bila kita terlalu nak berkepit dengan dia dan yang paling utama tak mudah nak bercinta. Ada segelintir yang bersifat camni, suka mainkan hati lelaki dan anggap cinta tu macam anak patong dia. Ada baru yang burok simpan saja. Bila hilang yang baru cari yang lama.. kalau perempun jenis yang sebegini cara nak usha dia tak lah susah sangat. Ada duit bawak jalan, kawan huha huha dulu. Couple lah.. (better cari yang betol-betol)
2. Serius
  • Kalau perempuan yang serius ni biasanya dia lebih mementingkan kepada sesuatu yang lebih bernilai untuk hidup dia berbanding cinta. ex: kerja atau belajar. Tapi bila dah bercinta dia akan jadi seorang yang tidak memandang mudah pada percintaan dia tu. Lelaki yang pilih perempuan macam ni kena banyak sabar sebab hidup korang pasti akan rasa sedikit terkongkong. Almaklumlah, dah jadi orang penting mestilah ada yang follow dari belakang. Perempuan yang bersifat ini juga sensitif orangnya. Kalau dengan kawan-kawan dia boleh tunjal kepala, tapi jangan ingat dengan kita pun boleh. Kadang-kadang kita bersin pun dia cakap kita marah dia. PERANG!!!! Rasa mencabar tu pasti ada dalam hubungan korang sebab korang akan merasakan angin monsun betul-betul lalu kat batang hidung. Tapi bila dia dah buat salah, JANGAN DIAM! bertindaklah sebab tu peluang korang. Cuba cara lembut untunk tegur dia dan iringkan kata-kata hikmat macam "Saya tegur sebab saya sayang pada awak." Nak usha tak susah tapi bersedialah dengan syarat-syaratnya. Sabor jelah....
3. Peramah
  • Yang ni best sikit sebab susah sikit nak jumpa perempuan peramah ni. Peramah tak sama dengan sporting. senyum tak semestinya suka. terima tak semestinya rela. perempuan macamni korang kena tahu nak bercakap apa dengan dia sebelum berjumpa. satu ko tanya 100 jawapan dia dah standby. bila dapat perempuan macam ni korang kena tahan telinga sikit. mesti ada je yang nak diceritakan. korang kena belajar nak jadi pendengar yang setia. itu MESTI! perempuan yang peramah ni biasanya hormat orang tua dan menyenangkan hati. murah dengan senyuman dan malu bila di puji. tapi bila dah dapat, nahas lah korang sebab jenis-jenis ni adalah jenis yang cerewet sikit. yang penting korang tetap nak dengar apa yang dia nak cerita. Jangan risau sangat sebab dia juga boleh terima nasihat, teguran korang dan sentiasa dengar cakap korang. Nak ngurat bukanlah susah. Just pasang telinga, senyum dan respon sikit-sikit dengan 'novel' yang dia nak cerita. dah couple pastikan topap korang cukup untuk menampung air liur dia. kopak pakcik!!
4. Pendiam.
  • Ni ada masalh sikit. Perempuan yang pendiam biasanya perempuan yang lebih sukakan ketenangan dan bersendiri. Tapi kalau korang dah minat nak buat macamane. Perempuan mcmni biasanya dia akan jawab sepatah apa yang kau cakap. JANGAN BERLAGAK GENTLEMEN dengan perempuan mcmni. Kenali dia dengan lebih rapat dan cubalah berkawan dengan dia terlebih dahulu. Kadang-kadang dia suka pada korang tapi dia tak dapat diamkan je. So, korang kena baca emosi dia. Buat dia happy dengan korang dan selami hati dia perlahan-lahan. Jangan buat dia marah kalau tak nak apa-apa perkara buruk berlaku samada ke atas ko ataupun dia. Bila dah sampai masa yang sesuai cubalah ayat power korang. Bagi dia masa untuk dapatkan jawapan sebab perempuan jenis ni memang selalu memikirkan ketelitian. Bila dah dapat korang tak akan rasa bosan dengan dia dan jangan ragui kesetiaan dia. Fuh...Best tuh...tapi bila lah jawapan dia nak bagi????
5. Tomboi
  • Jangan cakap tak ada lah yang nak tomboi. Tomboi ni biasanya dia agresif sikit dan suka cabaran. Korang kena lawan dia dan berkawan baik ngam bagi satu kapla juga mari. Dalam tomboi-tomboi tapi hati masih perempuankan.. Selalulah ada dengan dia dan satu hari cuba kau menghilangkan diri daripada dia. Tengok apa respon dia. Biasanya dia akan rasa kehilangan ko. dan waktu tu ko berterus teranglah dengan dia. kalau dah dapat korang jangan ingat dah heaven. belum lagi. Korang kena banyak sabar dan korang kena tahan maki. Jangan gadohlah beb. cari nahas je. Cuba ajar dia perlahan-perlahan. Dan dia kadang-kadang akan backup ko bila ada masalah. Wrestling Ar Jom!!!!!!
6. PlayGirl
  • Agak dah tak ada perempuan lain yang ko nak?!!!